Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 2 Disember 2010

Di Mana Kaum Lelaki ?

Penulis baru habis berkursus selama 3 hari di selatan tanah air. Daripada 20 peserta yang mendaftar kursus, hanya 4 sahaja kaum lelaki! Ke mana yang lain..?
Satu soalan berpusing-pusing dalam kepala.
Begitu juga ketika di alam kampus, dominasi kaum hawa menguasai setiap penjuru. Begitu juga di tempat kerja, hierarki dan posisi penting dikuasai kaum hawa.
Arggh...kenapa dan mengapa..?
Adakah kaum lelaki makin pupus,mengalami proses menghaibkan diri. tetapi ke mana? Mengikut statistik yang lama, nisbah imbangan di malaysia ialah 1:4, tetapi kini entahlah.
Adakah berada dalam penjara, pusat serenti atau dalam tahanan ISA.
Adakah berminat dengan kerja-kerja luaran dan kemahiran.
Adakah menjadi penganggur terhormat atau bersiar-siar setiap hari dengan motorsikal tanpa tujuan.
Penulis belum jumpa jawapan bagi kekaburan tentang masalah kepupusan ini. di mana-mana soalan ini tetapi akan berulang dan mengelirukan lagi keadaan.
Sila lapor diri wahai lelaki..ke mari kamu..

Isnin, 22 November 2010

Penambah Selera

Sambal Belacan,Budu,Cencaluk atau apa sahaja termasuklah tempoyak amat sedap bila dimakan bersama nasi. Tapi mungkin generasi baru kurang menggemari tetapi itulah kelebihan dalam masakan Melayu.

Bagi saya,terasa amat jemu bila asyik menghadap menu yang pelbagai seperti menu mamak, western food,air tangan pelayan kedai indonesia atau sebagainya. Terpaksa terutama bila dapur di rumah jarang berasap.

 Tiap-tiap negeri mempunyai cara masakan dan kelebihan masing-masing. Sedap.

Kesimpulannya "tepuk dada,tanya selera"..betul..betul kata Upin Ipin..

Khamis, 4 November 2010

Cerita Hujan..



Hujan..Ada apa dengan Hujan..?
Hujan adalah detik apabila air yang memboyot di perut awan hitam turun basahi bumi. Ada orang menganggapnya sebagai rahmat Tuhan apabila bumi yang kering kontang dibasahi oleh hujan, ada orang menganggapnya sebagai petaka apabila air mulai naik dan menenggelamkan permukaan bumi, menyusahkan aktiviti kehidupan mereka. Tapi kita kena beringat hujan merupakan daripadaNya dan tentu ada sebab munasabahnya sesuatu itu terjadi.
Malaysia terletak di kawasan garisan khatulistiwa, bermakna cuaca panas & lembap setiasa bertukarganti dan ia adalah suatu ketentuan yang Illahi dan kurniaanNya. Jika bertukar menjadi musim salji maknanya sesuatu diluar jangkaan yang berlaku.

Bagi pengguna Astro, hujan bermakna duit mereka laburkan untuk menonton siaran berbayar akan menjadi sia-sia kerana pada waktu atau tempoh ini saluran atau siaran akan tergendala.





Hujan juga bagi yang kreatif mengubahnya menjadi puitis dengan terhasilnya lagu yang begitu indah.Hujan ditafsirkan dalam bentuk subjektif . Ada letakkan Hujan sebagai nama kumpulan nyanyian.

Teringat ketika waktu tempoh membesar di Kelantan, hujan merupakan tempoh yang paling disukai kerana tempoh ini cuaca amat sejuk dan begitu mendamaikan. Biasa bermula dalam penghujung tahun. Hujan juga membuatkan diri berangan-angan,terasa diri berada di England kerana setiap hari menggunakan baju sejuk yang tebal setiap masa, keluar kabus ikut mulut.Tapi kesulitannya ialah baju yang dijemur akan lambat kering kerana tiada matahari. Jadi terpaksalah pakai baju sama dalam jangkamasa yang lama.
Hujan juga membuatkan keadaan sekitar mulai naik dengan air. Tempoh untuk memulakan pesta air. mandi hujan memang menyeronokkan tempoh ini. Air yang gugur dari hujung atap zink ibarat air terjun di bukit yang tinggi. Rakit batang pisang akan dibina dan tiub tayar akan dipam sebagai pelampung. tempat untuk berpesta pula di kawasan rumah dan tidak membahayakan bukannya di kawasan sungai yang pastinya sengaja menempah bala bila tergelincir.

Biasanya bapa akan memasang pukat di tempat-tempat strategik yang menjadi laluan ikan air tawar. Ikan yang selalu dapat ditangkap ialah ikan haruan, puyu, selat, ikan sepat, ketam nipah dan lampam. Suka sangat bila menjamu nasi panas-panas dengan lauk ikan tawar goreng dan budu atau kicap. Ditambah pula dengan "ikan Budu" (ikan kembung yang diperam dengan garam +budu). Rasanya seperti ikan yang diperam seakan -akan ikan masin tapi lagi sedap bila makan tempoh musim hujan.

Diluar pula hujan lebat, sambil bersembang-sembang berkumpul saudara mara di beranda rumah pula dihidangkan kopi O panas pekat dengan ubi kayu rebus cicah nyiur atau pisang rebus. Biasanya juga dihidangkan juga putu piring cicah nyiur.Ingatan silam masih lagi segar. Buat lapar perut bila teringat.

.
 

Hujan juga membuatkan aktiviti hanya berkisar kepada tidur dan makan sahaja.Aktiviti luar dikurangkan.Rasanya mungkin sebab hujan jugalah membuatkan ramai golongan kelamin di Pantai Timur mempunyai anak yang ramai.Agaknya atau mungkin.Fikir-fikirkanlah. Pastinya hujan tetap akan membasahi bumi.
Tamat.

Khamis, 28 Oktober 2010

Kewujudan Proton BAru Waja-Inspira

INSPIRA-Model baru Proton yang yang akan menggantikan model Waja, akan dijual pada harga di bawah RM80,000 seunit bagi enjin 1.8 liter dan bawah RM95,000 bagi enjin 2.0 liter.

Terdapat tiga varian enjin MIVEC yang disediakan iaitu model 1.8 liter menggunakan transmisi manual dan transmisi automatik, serta model 2.0 liter dengan transmisi automatik.
Jumaat baru-baru ketika hendak menunaikan solat Jumaat, saya terima risalah ini untuk tempahan -RM1000 bagi tempahan awal beserta 2 tahun service percuma.
Bayangan yang diberikan membayangkanku pada kembarnya yang sebenar iaitu Mitshubishi Lancer namun kualitinya masih tidak membayangkan lagi sama ada ia sempurna atau tidak.

Harga yang mungkin rendah dari harga sebenar setelah ia dijenamakan semula sebagai kereta nasional tetapi bagi golongan rakyat Malaysia mungkin ada yang mampu membelinya mungkin ada yang hanya mampu melihat.

Tapi tertarik kerana isu kewujudan Inspira ini dibahaskan di Parlimen. Ada yang mengatakan kekeringan idea, ada yang mengatakan untuk kos mewujudkan sebuah model memakan jumlah ringgit yang banyak dan itulah realitinya. Masing- masing mempunyai pendapat yang tersendiri dan apa yang paling penting ia perlulah sesuatu yang berkualiti setanding nilainya kepada penggunanya.

Apa Ada dalam Poket Kita..?

Apa ada dalam poket kita..?
1.Bagi Lelaki
  • Handphone ( utama sekali )
  • Kunci Motor atau Kunci Kereta
  • wallet
  • Kunci Rumah
  • Sikat
  • Lighter & rokok ( bagi perokok)
2. Bagi wanita
  • Handphone (utama sekali)
  • Kunci Kereta
  • Pen
  • Alat Make-up
  • Sesuatu
  • Wallet
  • Tisu
  • Bil-Bil
  • dan lain-lain.
Maknanya satu keperluan utama sekali ialah telefon kerana jika tertinggal segala urusan akan tergendala. Rasa seperti mulut dan lidah seperti orang bisu. Mata rasanya seperti buta. Telinga rasanya seperti pekak untuk berkomunikasi atau meminta bantuan di saat masa diperlukan.


Mungkin ada sesetengah orang tanpa telefon bimbit ianya tidak mengapa tetapi secara peribadi ia satu benda yang mustahak dan perlu ada sebagai suara kedua terutama jika berada di saat-saat genting.


Telefon juga ada pengelasan. ada orang berikhtiar untuk dapatkan telefon terkini untuk menggunakan aplikasinya yang berbagai-bagai. Ada orang hanya perlukan
telefon untuk berhubung dan bersms sahaja. Ada orang yang gunakan telefon hanya untuk buat panggilan sahaja, sms buta.


Agak-agak berapa lama untuk kita jauhinya dari menjadi sebahagian dari kita ya?
Mungkin seminggu. mungkin dua minggu, mungkin sebulan.
Mungkin kita akan jadi tidak keruan atau gila tambahan lagi tidak mendengar suara atau sebarang berita orang tersayang terutama bila berjauhan untuk tempoh yang lama.
Alahai..telefon..telefon..sumbangan aku ada juga untuk CELCOM, MAXIS, DiGi.. Kalau RM100 purata normal seorang bagi sumbangan setiap bulan untuk 22 juta rakyat Malaysia terutama AFundi AF, panggilan biasa, bersms dengan kawan ,teman atau sebagainya..agak-agak berapa ya untuk satu Tanah Melayu ni dapat pungut untuk satu bulan..? Mampu bina menara besar agaknya...

A Hierarchy Of Basic Needs, based on A/H Maslow, 1970

             A Hierarchy Of Basic Needs, based on A/H Maslow, 1970

Ini adalah satu ilmu yang perlu dikongsi bersama mengenai keperluan asas yang perlu bagi kehidupan sebagai seorang manusia.
Kemampuan adakalanya tidak memenuhi kehendak kita yang diselaputi nafsu dan pelbagai . Namun inilah hierarki yang akan melengkapkan kepada kesempurnaan hidup.
Ia mungkin tidak bernilai bagi yang tidak memahami dan bagi yang memahami inilah garis kehidupan kita.