Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 28 Oktober 2010

Kawan Mengikut Zon.

Ada Pepatah mengatakan "kawan ketawa banyak dan ramai tapi kawan menangis sedikit atau tiada langsung".

Pepatah itu betul terutama bila kita mempunyai duit atau segalanya yang mampu memenuhi kehendak kawan sekeliling, maka makin banyaklah kawan yang akan bergayut, menghimpit kita. Tapi bila kita tiada apa-apa, usahkan kawan tapi kucing kurap pun belum tentu datang dekat. Yela mengusap-usap ditepi kaki tapi tiada apa-apa.

Baiklah saya teringat kata seorang pensyarah saya, kawan adalah terbahagi kepada tiga zon.Eh! Ada zon fikirku macam zon perdagangan bebas.Ketawa lucu pada mulanya tapi bila diolah oleh Prof.Madya itu, baru aku terdiam.
" Ok, dia bertanya siapa kawan rapat awak,"soalnya padaku.
 " Mestilah si polan si polan sebelah saya ni, "Kataku.
 "Ok, mari kaji"katanya.
"Awak boleh duduk rapat sebelah menyebelah berlaga bahu dengan Si Ali tapi mungkin dengan Si Ah Meng pula awak ada jarak", ulasnya.

Kawan Zon 1:
      Kawan zon 1 biasanya kawan yang tahu teramat terperinci berkenaan kita terutama proses kita dari A hingga Z.
     
Kenali siapa ibubapa kita, asal usul kita, perjalanan hidup,siapa kita, apa kita suka, macamana perangai kita, segala parut kita yang cuba kita kilaskan ia adalah parut kesan perang zaman Jepun dulu biarpun parut kesan kena libas ranting dengan bapa kita ketika zaman kecil.Boleh dikatakan mengenali siapa itu kita dan berdampingan dengan kita selama berpuluh-puluh tahun.
    
 Contoh kawan seperti ini adalah seperti adik beradik kita, ibubapa kita mungkin boleh jadi kawan kita,sepupu atau kawan kita kenali dari kecil dan membesar bersama dalam proses kehidupan. Isteri juga akan memasuki zon ini secara perlahan-lahan mengikut maklumat yang berjaya dikumpulnya dan proses masa.

Kawan Zon 2
     Kawan Zon 2 ialah kawan mengenali kita tetapi mungkin mengenali secara luaran tanpa maklumat lagi terperinci siapa kita.Mungkin memahami, rapat tetapi tidak sepenuhnya kerana halangan/ sekatan maklumat yang kita sifatkan sebagai peribadi (privacy).
    
Contoh kawan di zon A ialah kawan-kawan seperti kawan sepejabat, satu taman atau kawan sekolah atau universiti kita. Pernah susah sama-sama senang sama-sama tapi masih lagi dalam kategori Zon 2.

Kawan Zon 3
     Kawan Zon 3 ialah kawan yang mengenali kita mungkin kenali serba sedikit maklumat mengenai kita. Mungkin kenal si polan itu berada di mana, siapa nama tapi sebagai asas sahaja.
    
Contoh kawan dalam golongan ini ialah seperti kawan facebook, kawan satu organisasi atau sebagainya.

Satu ilmu baru kepadaku dan dapat buat pengelasan mengikut zon. Dan anda  di zon mana kepada si polan dan si polan itu zon mana bagi pihak anda..?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan